Tuesday, October 26, 2010

Hobiku,Hidupku,Matiku

Setiap insan dianugerahkan dengan bermacam hobi, apa yang dapat aku rasakan dalam hidup ni, aku hanya tertarik kepada seni, sesuai tak aku nak cakap seni itu buta? tidak mengenal usia, latar hidup ataupun jantina, banyak yang aku suka pasal seni, seni muzik ( tapi tak pandai main instrument) seni lukis ( tapi tak pandai lukis ) dan seni graphic ( tapi tak pandai gak) and latest yang aku minat seni photo. dari kecil aku tanamkan hajat nak jadi seorang photographer, tapi dari kecik tak mampu nak beli kamera so pakai handphone camera je. aku dapat rasakan diri aku serasi betul dengan bidang ni. yang sebenarnya aku tak suka sangat mengambil gambar orang, aku lebih suka kepada alam. mengambil kenangan alam yang mungkin tidak dapat dilihat oleh anak2 dan cucu2 kita pada hari mendatang, dan lagi satu kalau manusia, aku takut akan ketidakpuashatian yang akan dilahirkan orang yang diambil gambar, bagi aku gambar seseorang cukup hanya sekadar untuk peribadi seseorang itu, kalau foto alam itu yang harus dikongsi, kerana satu hari ianya akan detelan oleh zaman. zaman manusia prejudis, hanya memandang keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nikmat alam ini!. aku lebih rela hidup dalam hutan bersama alam semulajadi daripda hidup di tengah hiruk-piruk kota yang sibuk dan begitu mementingkan diri.sebabtu aku suka join camping tengah2 hutan, dapat bermesra dengan alam adalah satu yang paling bernilai untuk seorang aku. aku rasa nak honeymoon kat hutan amazon je nantil time kahwin. so kalau taknak honeymoon dalam hutan janganla cuba2 nak kawin ngn aku.HAHA.
cukup aku rasa nak cerita pasal satu daripada minat aku. untuk yang lain akan ditulis di entri yang lain, aku rasa dah panjang sangat kot. tapi sebenarnye banyak lagi aku nak cerita,tapi cukup setakat ini.






pss..aku rasa aku tak penah buat karangan camni lagi. bila nak ade lagi ek karangan autobiografi.."jikalau aku seorang" aku akan buat jika aku sebatang pokok......menceritakan kekejaman manusia yang memang kejam memotong badanku.  tu la sinopsis die.

2 comments: