Kali ini aku duduk di birai buaian yang semakin barai. Buaian diperbuat daripada jaring atau jala. Yang tu aku kurang pasti sebab banyak lagi benda lain yang boleh aku pikir selain berpikir buaian ini diperbuat daripada apa? siapa yang membuatnya? dan apa tujuannya?.
Ombak terkadang tenang semacam terkadang berombak. Sudah namanya pun ombak, takkan la ombak berbatu pula ye dak? Sesekali kedengaran suara hilaian apek cina yang sudah dibuang keluarga barangkali. Bertemankan botol todi, apek tersebut tersenyum diri seorang, duduk di bangku sumbangan majlis daerah, seperti sedang menikmati permainan alam.
Entah bila lagi dapat duduk di pantai ni lagi lain kali? Mungkin lepas ni aku dah tak boleh berjabat tangan bersama Sabtu dan Ahad lagi. Hanya Rabu yang menjadi sahabat baru. Selama mana, aku pun tak tahu menahu. Mungkin 2 tahun? Mungkin 4 5 tahun? Atau mungkin hanya seminggu? tapi aku harap tidak.
Dalam ketidaktentuan emosi, aku cuba mencari lubang keluar daripada segala macam hal yang boleh menyesakkan otak,Memberatkan fikiran, dan menyebakkan dada. Kerana itu aku perlu pergi..Pergi mana? Entah.
Banyak benda sebenarnya aku nak cerita, tapi bila berkeadaan begini, semua lenyap. kerana kecelaruan. Aku lebih memberatkan pemikiran ke arah diri sendiri. pergi membawa diri.
Monday, April 30, 2012
Friday, April 27, 2012
Itu tugas Malaikat.
Duduk di kerusi biru berbingkaikan besi hitam. Mungkin untuk kali terakhir aku duduk di kerusi ini. Jendela di sebelah terkangkang luas. Bunyi angin menampar lembut dedaun di pokok yang entah apa namanya. Sedikit terganggu dengan bunyi ekzos kenderaan lalu lalang. Dengan fikiran separa sifar, jari jemari berusaha keras untuk mentafsir isyarat otak.Gagal.
Cuba lagi.
Tetap gagal.
Bola mata sesekali dilarikan ke luar jendela bagi membantu proses si otak sambil jemari mengetuk papan kekunci. Perlahan Terlalu padat ataupun terlalu kosong.. Isyarat yang dikeluarkan. Terhenti.
Walaupun secara zahirnya berkeadaan tenang ,batinnya penuh dengan konflik. Ya, aku terpaksa mengakui diri semakin sibuk sekarang, Sibuk berfikir. Banyak sangat benda yang aku fikir. Sesekali rasa tidak tertanggung. Itu belum termasuk dengan sibuk berurusan. Urusan dengan tuhan, urusan dengan manusia, urusan dengan diri sendiri. Kadang kadang aku terfikir nak mencari sebuah backpack yang berkebolehan untuk terbang dan pergi sejauh mungkin daripada manusia manusia. Untuk menumpukan seenuhnya urusan dengan tuhan. Tapi aku tahu, itu bukanlah tugas seorang manusia. Tugas itu dipegang oleh sekalian para malaikat. Tiada urusan duniawi.
Berbekalkan pemikiran sedemikian, aku gagahkan diri juga untuk terus berurusan dengan mereka mereka ini. Manusia, binatang, dan alam. Terpaksa.
Entah bila akan berkesudahan.
!0.27 a.m

Friday, April 13, 2012
Cik Marina di Kebun Sayur.
9.30am
trutt..
trutt...
trutt...
Telefon bimbit aku berdering. Bunyi tu kasi klasik sikit pasal nak tonjolkan bunyi telepon tu. Karang aku telak rington betul korang ingat aku menyanyi pulak.
Mulut rasa macam nak maki, mata pulak terpejam lagi. Celake mana call pagi pagi ni, tak reti nak sarapan dulu ke.Telepon pulak jenis mengada ngada nak duduk tepi telinga. Aku punya tidur ni pulak pesen mata tertutup tapi hati sama telinga hidup, Orang call kompomkompom terus masuk ke telinga. Hatta kuman jiran sebelah berdehem pn aku boleh dengor. Inikan pula deringan telepon yang bunyi dah pecah macam celaka tu.. . Punye hebat aku punya tidur..
Aku capai gagang tengok kat skrin keluar nombor 034XXXXX. Aku syak dah ni mesti nombo pejabat pejabat. Dalam hati dah pikir ni mesti orang pejabat call suruh interbiu. Diorang ni pesen tak reti nak buat appointment dulu ke bila nak call orang, apa dia ingat dia ja ada appointment. Ni tidak, main call sesedap jari nak tekan je. Mana tau orang tu tengah nak beranak engkorang pegi call dia. tak ke susah baby tu nak keluar. nak meneran satu hal, hal cakap telepon satu hal.
Tengah mamai mamai lagi tu aku gagahkan tangan nak tekan button hijau.
Hello? aku menyapa lemah.
Hello, err can i speak with Mr Ridhwan please?
Suara seorang perempuan melayu yang mendayu dalam bahasa penjajah di hujung talian.
ah sudah. Bila pulak nama aku jadi ridhwan ni? bisik dalam hati. Kalau nak diikutkan yang keluar suara jantan, salah nombor pulak tu memang dah lame aku letak. Tapi mengenangkan si empunya suara adalah seorang wanita yang rupawan suarawan, aku masih steady untuk bercakap.
Ooo Sorry, wrong number. jawabku dengan ringkas dan manja.

Ohh. sorry sorry, not Ridhwan, are you Razlan?
Fuck yu. razlan pulak dah? lepas ni sape pulak? Misbun Sidek? omelku dalam hati. untuk mengelakkan daripada dia menyebut setiap nama jejaka yang ada kat Malaysia ni aku terus memintas..
No no..im not Ridhwan, Razlan, Ruziman, Rasimon,Pokemon, or whatever. Im Izhar..

Ohhh sorry soryy sorry.. yes yes Mr Izhar right?
bla bla bla rimau bla bla lazat bla bla bla bla kucing bla bla anjing bla bla.......
So are you interested with this job?
Aku jawab dalam bahasa ibunda dengan lidah yang pantas dah fasih.
"TIDAK."
Wanita di hujung talian kelu serta kehilangan kata kata. Sangkaannya meleset, terdengar keluhan kecil di hujung suaranya. Tidak semena-mena terbit rasa simpati terhadap wanita itu. Bab lukakan hati perempuan ni bukan kerja aku..kahkahkah. lalu aku menyambung percakapan.
Okey okey nanti kalau saya dah ubah fikiran saya call nombo ni balik ye, Tq.
tuttttttttttttttttttt...
Ni celah mana dia dapat nombo aku ni?? Bila pulak aku eplai keje pengedar filter air ni ?
*Taktau la pulak aku puak MLM sekarang ni guna modus operandi serang hendap ke telefon bimbit terus.
Wednesday, April 11, 2012
Itu cerita lama...
Ajim duduk berteluku di tepi katilnya.. Di hujung jari telunjuk dan jari hantunya tersisip kretek nusantara buatan orang seberang. Hampir sepuluh minit dia dalam posisi itu sejak bangun dari tidur tadi. Firikannya menerawang, hatinya berkecamuk. Puntung kretek itu semakin pendek ditiup angin daripada kipas berjenamakan KHIND dan hampir menyentuh hujung jarinya. Belum sempat ajim menyuakan kretek itu ke mulutnya, bara kretek sudah menyentuh hujung jarinya.
Bodoh! bentaknya. lantas mengeluarkan sebatang lagi kretek nusantara hijau dan menyumbat ke mulutnya. Kretek di dalam kotak masih berbaki tiga batang. Sememangnya nusantara hijau adalah menjadi kegemarannya kerana nusantara merah amat celaka sekali rasanya. Ajim membuat hukumnya sendiri dengan mencemuh orang yang menghisap nusantara merah adalah orang yang dari kalangan bodoh alam ! Nusantara Merah mana ada rasa !
Kusutt !
Kusutt !
Mulutnya mengomel sendirian. Walaupun perlahan, tapi omelannya cukup sampai untuk menerejah ke dalam telinganya sendiri. Di corong radio buruknya sayup sayup kedengaran lagu Seperti Hidup Kembali nyanyian kumpulan Andra & The Blackbone. Baginya, lagu itu selalunya dapat mengembalikan spirit yang selalunya membuatkannya ingin terus hidup, ingin terus menghirup udara , ingin terus menghidu bau asap keretek.
Tapi tidak untuk pagi ini. Lagu itu sangat menjengkelkan dan seperti mengejek-ejek dirinya. Ternyata mimpinya malam tadi cukup untuk membuatkan dirinya kehilangan separuh jiwanya. Separuh lagi mungkin sudah dibawa pergi.. Hilang bersama mimpinyaaaa..
KrukKrukKruk..
Halwa telinganya dapat menangkap bunyi yang dikeluarkan oleh perutnya sendiri. Perlahan tapi padu.
Saat itu Ajim menyedari sejak petang semalam lagi beliau tidak menjamah sebarang makanan berkarbohidrat langsung. Hanya kretek itu menjadi makanannya malam tadi sebelum tidur. Ada pun hanya menjamah jambu air bercicahkan kicap gula.. Nasi langsung tidak disentuhnya.
Otak Ajim memberi isyarat supaya kakinya bergerak untuk melangkah ke dapur. Kreteknya digigit menggunakan gigi hadapannya. Rambut ikalnya disisip ke tepi telinga. Sekali pandang, raut wajah Ajim persis John Lennon ketika awal usia dua puluh -an. Tapi jika dua atau tiga kali pandang, wajahnya tidak ubah seperti Ajim yang sebenar.
Tangan ajim pantas menguak daun pintu biliknya.. Abu kretek di mulutnya dibiarkan terbang. Sesekali cebisan kecil abu masuk ke matanya.
....................................................
Celaka apa ni aku nak cerita pasal ajim ke pasal kretek dia ni? kretek kretek dari tadi. Lagi celakanya ajim budak mana pulak ni? aku tak kenal orang nama ajim.
bersambu...................................................

Tuesday, April 10, 2012
Aktif
Yang muda, pergi ke tua,
Yang sihat, pergi ke sakit,
Yang kaya, terus kaya,
Yang belajar, pergi ke kerja,
Yang dulu sekolah rendah, pergi ke sekolah menengah
Masa ni memang laju je belajan. Tak sedar aku dah besar rupanya. Adik aku yang paling muda pun dah darjah 4 aku rasa. Aku akui dah lama betul tak menulis. kalau nak ikutkan memang sampai ke sudah aku tak menulis. Tapi entah mana datangnya spirit untuk aku terus menulis. Spirit macamni ni kekadang memang bagus jugak. Dan untuk mengelakkan spirit itu terus hilang, aku jadikan entri ini sebagai permulaan spirit baru untuk menulis walaupun menyedari hakikat bahawa rumah usang ini masih tidak berpengunjung. Ahh persetankan semua itu. bukan kemahsyuran yang aku kejarkan. tapi cukuplah secebis ingatan tulus ikhlas. Aku jadikan rumah usang ni medium untuk aku bercerita kepada anak anak dan cucu cucu aku nanti. Selepas beberapa waktu aku menulis entri ini, baru aku perasan betapa skema dan celakanya ayat aku. Tapi, biarlah untuk permulaan ni aku skematik kan ayat aku agar tersusun rapi dan dapat menyampaikan isi hati aku dengan begitu mendalam dan jitu.
Salam pertemuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)