Yang muda, pergi ke tua,
Yang sihat, pergi ke sakit,
Yang kaya, terus kaya,
Yang belajar, pergi ke kerja,
Yang dulu sekolah rendah, pergi ke sekolah menengah
Masa ni memang laju je belajan. Tak sedar aku dah besar rupanya. Adik aku yang paling muda pun dah darjah 4 aku rasa. Aku akui dah lama betul tak menulis. kalau nak ikutkan memang sampai ke sudah aku tak menulis. Tapi entah mana datangnya spirit untuk aku terus menulis. Spirit macamni ni kekadang memang bagus jugak. Dan untuk mengelakkan spirit itu terus hilang, aku jadikan entri ini sebagai permulaan spirit baru untuk menulis walaupun menyedari hakikat bahawa rumah usang ini masih tidak berpengunjung. Ahh persetankan semua itu. bukan kemahsyuran yang aku kejarkan. tapi cukuplah secebis ingatan tulus ikhlas. Aku jadikan rumah usang ni medium untuk aku bercerita kepada anak anak dan cucu cucu aku nanti. Selepas beberapa waktu aku menulis entri ini, baru aku perasan betapa skema dan celakanya ayat aku. Tapi, biarlah untuk permulaan ni aku skematik kan ayat aku agar tersusun rapi dan dapat menyampaikan isi hati aku dengan begitu mendalam dan jitu.
Salam pertemuan.
No comments:
Post a Comment