Monday, April 30, 2012

Celaru

Kali ini aku duduk di birai buaian yang semakin barai. Buaian diperbuat daripada jaring atau jala. Yang tu aku kurang pasti sebab banyak lagi benda lain yang boleh aku pikir selain berpikir buaian ini diperbuat daripada apa? siapa yang membuatnya?  dan apa tujuannya?.

Ombak terkadang tenang semacam terkadang berombak. Sudah namanya pun ombak, takkan la ombak berbatu pula ye dak? Sesekali kedengaran suara hilaian apek cina yang sudah dibuang keluarga barangkali. Bertemankan botol todi, apek tersebut tersenyum diri seorang, duduk di bangku sumbangan majlis daerah, seperti sedang menikmati permainan alam.

Entah bila lagi dapat duduk di pantai ni lagi lain kali? Mungkin lepas ni aku dah tak boleh berjabat tangan bersama Sabtu dan Ahad lagi. Hanya Rabu yang menjadi sahabat baru. Selama mana, aku pun tak tahu menahu. Mungkin 2 tahun? Mungkin 4 5 tahun? Atau mungkin hanya seminggu? tapi aku harap tidak.

Dalam ketidaktentuan emosi, aku cuba mencari lubang keluar daripada segala macam hal yang boleh menyesakkan otak,Memberatkan fikiran, dan menyebakkan dada.  Kerana itu aku perlu pergi..Pergi mana? Entah.

Banyak benda sebenarnya aku nak cerita, tapi bila berkeadaan begini, semua lenyap. kerana kecelaruan. Aku lebih memberatkan pemikiran ke arah diri sendiri. pergi membawa diri.

No comments:

Post a Comment