Wednesday, April 11, 2012

Itu cerita lama...

Ajim duduk berteluku di tepi katilnya.. Di hujung jari telunjuk dan jari hantunya tersisip kretek nusantara buatan orang seberang. Hampir sepuluh minit dia dalam posisi itu sejak bangun dari tidur tadi. Firikannya menerawang, hatinya berkecamuk. Puntung kretek itu semakin pendek ditiup angin daripada kipas berjenamakan KHIND dan hampir menyentuh hujung jarinya. Belum sempat ajim menyuakan kretek itu ke mulutnya, bara kretek sudah menyentuh hujung jarinya.

Bodoh! bentaknya. lantas mengeluarkan sebatang lagi kretek nusantara hijau dan menyumbat ke mulutnya. Kretek di dalam kotak masih berbaki tiga batang. Sememangnya nusantara hijau adalah menjadi kegemarannya kerana nusantara merah amat celaka sekali rasanya. Ajim membuat hukumnya sendiri dengan mencemuh orang yang menghisap nusantara merah adalah orang yang dari kalangan bodoh alam !  Nusantara Merah mana ada rasa !

    Kusutt !
    Kusutt !

Mulutnya mengomel sendirian. Walaupun perlahan, tapi omelannya cukup sampai untuk menerejah ke dalam telinganya sendiri. Di corong radio buruknya  sayup sayup kedengaran lagu Seperti Hidup Kembali  nyanyian kumpulan Andra & The Blackbone. Baginya, lagu itu selalunya dapat mengembalikan spirit yang selalunya membuatkannya ingin terus hidup, ingin terus menghirup udara , ingin terus menghidu bau asap keretek.

Tapi tidak untuk pagi ini. Lagu itu sangat menjengkelkan dan seperti mengejek-ejek dirinya. Ternyata mimpinya malam tadi cukup untuk membuatkan dirinya kehilangan separuh jiwanya. Separuh lagi mungkin sudah dibawa pergi.. Hilang bersama mimpinyaaaa..

KrukKrukKruk..

Halwa telinganya dapat menangkap bunyi yang dikeluarkan oleh perutnya sendiri. Perlahan tapi padu.
Saat itu Ajim menyedari sejak petang semalam lagi beliau tidak menjamah sebarang makanan berkarbohidrat langsung. Hanya kretek itu menjadi makanannya malam tadi sebelum tidur. Ada pun hanya menjamah jambu air bercicahkan kicap gula.. Nasi langsung tidak disentuhnya.

Otak Ajim memberi isyarat supaya kakinya bergerak untuk melangkah ke dapur. Kreteknya digigit menggunakan gigi hadapannya. Rambut ikalnya disisip ke tepi telinga. Sekali pandang, raut wajah Ajim persis John Lennon ketika awal usia  dua puluh -an. Tapi jika dua atau tiga kali pandang, wajahnya tidak ubah seperti Ajim yang sebenar.

Tangan ajim pantas menguak daun pintu biliknya.. Abu  kretek di mulutnya dibiarkan terbang. Sesekali cebisan kecil abu masuk ke matanya.

....................................................

Celaka apa ni aku nak cerita pasal ajim ke pasal kretek dia ni? kretek kretek dari tadi. Lagi celakanya ajim budak mana pulak ni? aku tak kenal orang nama ajim.






bersambu...................................................

3 comments: